Latar belakang Perhimpunan Bersih 2015

Selepas pilihan raya ke-13, terdapat dakwaan dari pihak pembangkang dan beberapa organisasi bukan kerajaan di negara itu yang mengatakan pihak Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Barisan Nasional mengamalkan bentuk pilihan raya yang tidak betul, menipu dan berat sebelah. Ia berikutan kemenangan tipis pihak Barisan Nasional dalam pilihan raya itu, manakala dari segi jumlah undi popular ia lebih memihak kepada Pakatan Rakyat[perlu rujukan]. Atas dasar itu, banyak siri protes telah diadakan khususnya di bandar-bandar Malaysia. Walaupun undi popular lebih memihak kepada Pakatan rakyat, namun Malaysia mengamalkan sistem pemilihan berparlimen yang diadaptasi dari Sistem Westminster bahawa, kerusi Dewan Rakyat yang terbanyak sahaja boleh mencapai tampuk pemerintahan pusat.

Pada tahun 2015, dakwaan skandal rasuah kewangan yang melibatkan dana kerajaan, 1Malaysia Development Berhad telah membelenggu pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Beberapa bukti dan pendedahan telah dibebaskan secara melata khususnya melalui laman-laman sesawang dan blog, bagi menguatkan hujah keilatan skandal ini, antaranya pendedahan dari Sarawak Report dan portal berita Wall Street Journal. Suatu anggaran wang besar telah disalurkan kedalam akaun peribadi Najib Razak dan teman rapatnya. Jawatankuasa kira-kira negara yang dianggotai oleh parti pemerintahan dan pembangkang juga mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan isu ini.

Walau bagaimanapun, pada bulan Julai 2015, Kerajaan Malaysia mula mengadakan beberapa langkah kawalan seperti menyekat portal berita Sarawak Report dari terus boleh diakses di Malaysia. Sarawak Report sebelum ini telah melaporkan beberapa berita sensasi berkenaan dakwaan salah laku 1MDB dan kaitannya dengan Najib Razak, sekali mencetuskan pelbagai reaksi dari para pengguna internet.[5] Malah dalam tempoh beberapa bulan yang lepas, Kerajaan malaysia turut menggantung lesen penerbitan akhbar kewangan dan berita The Edge, yang turut melaporkan tentang skandal 1MDB.[6]

Najib dilihat terus mempamerkan sikap bahawa beliau akan terus memegang kuasa yang ada padanya tidak kira apa yang berlaku. Beliau turut menggugurkan dua rakan Kabinetnya – Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri, Datuk Seri Shafie Apdal, bagi memperkukuhkan barisan Jemaah Menteri dalam membantu kerajaan menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dan memastikan Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu. [7]

Najib dan penyokongnya juga didakwa menganggu tugas beberapa agensi yang diamanahkan untuk mendedahkan operasi syarikat milik kerajaan itu, dengan memecat bekas Peguam Negara Malaysia Tan Sri Abdul Gani Patail; memindahkan dan mengancam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); menyiasat kakitangan Bank Negara; dan melumpuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) dengan melantik empat daripada anggotanya sebagai menteri dan timbalan menteri.[8] [9] [10]

Apa yang lebih menimbulkan kemarahan sebahagian besar rakyat adalah ketidakmampuannya untuk memberi penjelasan sejujur mungkin mengenai wang tunai berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya pada 2013.

Beberapa cubaan lucu oleh rakan-rakan Perdana Menteri bagi mewajarkan kemasukan jumlah sebesar itu ke akaunnya sebagai derma yang digunakan untuk Umno dan BN atau sebagai penghargaan terhadap dasar-dasar kerajaan Malaysia daripada keluarga kaya tertentu di negara Arab telah menyebabkan kredibilitinya terjejas.

Kini terdapat beberapa kes mahkamah yang cuba menggugurkan hak SPR untuk menggaris semula sempadan daerah pilihan raya di Sarawak, khususnya apabila Srawak akan melaksanakan Pilihan Raya Umum tidak lama lagi.[11] Penggaris padanan semula daerah pilihan raya di Sarawak boleh menyebabkan 71 daerah pilihanraya sediaada menjadi 82 kerusi di Dewan Undangan Negeri Sarawak ini menimbulkan rasa tidak puas hati pihak pembangkang yang mendakwa suatu bentuk sabotaj dan ketidak akauntibiliti dalam pilihan raya negeri.[12][13]

Rujukan

WikiPedia: Perhimpunan Bersih 2015 http://www.theheatonline.asia/POLITICS/Join-Bersih... http://www.smh.com.au/world/malaysian-pm-najib-raz... http://english.astroawani.com/malaysia-news/bersih... http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/be... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2...